ASEAN : KEPENTINGAN KONSEP ZOPFAN DALAM HUBUNGAN SERANTAU đź’“
PENGENALAN
- Negara-negara ASEAN menghadapi pelbagai cabaran.
- Wujudnya krisis kepimpinan di beberapa negara ASEAN seperti yang berlaku di Filipina dan Indonesia.
- Hampir kesemua negara ASEAN mengenakan sekatan tertentu terhadap kebebasan politik seperti yang yang diamalkan oleh negara-negara Barat.
Peranan Utama ASEAN.
- Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara mematuhi prinsip piagam bangsa-bangsa bersatu.
- Menyediakan bantuan dalam bentuk kemudahan latihan dan penyelidikan.
-Dalam bidang pendidikan Malaysia berperanan meningkatkan pengajian dalam kalangan anggota melalui pertukaran tenaga pengajar antara universiti.
- Dalam bidang kebudayaan serantau Malaysia telah menyertai rombongan kebudayaan antara tiga buah negara anggota iaitu Filipina,Malaysia dan Thailand.
Pengenalan
- ASEAN sebernanya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan ' Kawasan awam, bebas dan berkecuali ( Zone of peace , freedom and new neutrality or ZOPFAN ) telah diterima sebagai pendirian ASEAN.konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui deklarasi Kuala Lumpur pada 27 hb November,1971.
KONSEP ZOPFAN
âźą ZOPFAN bermaksud kawasan aman,bebas dan berkecuali.Konsep ini memastikan Asia Tenggara tidak terlibat dalam seingketa angtara kuasa-kuasa besar ketika Perang Dingin.
Konsep ini juga memastikan kawasan ini tidak mempunyai pangkalan tentera asing.Semua negara ASEAN telah menerima konsep ini dan Malaysia pula telah menjadi konsep sebagai kerangka utama Dasar Utama Luar Negara.Begitu juga dengan negara-negara ASEAN lain.
➡️ Kepentingan ZOFPAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan aman,bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa khususnya Amerika Syarikat,Rusia dan Republik rakyat ZOFPAN.
STRATEGI PELAKSANAAN
RASIONAL
Antara faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan beberapa konsep ZOPFAN ini.Faktor-faktor dan peristiwa itu adalah:
- Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat.Pergerakkan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika,dari Vietnam pada awal 70 an.
- Perkembangan-perkembangan telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara ASEAN,kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan ekonomi serantau.
- Peperangan di Korea dan Vietnam telah meyakinkan ASEAN bahawa campur tangan dan sokongan dari tentera kuasa besar dalam pertelingkahan negara kecil di Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.
- Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOFPAN.
KEPENTINGAN ZOFPAN

STRATEGI PELAKSANAAN
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah :
- Untuk mendapatkan persetujuan,pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha.
- Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.
- Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas dari senjata nuklear.
DASAR LUAR NEGARA ZOFPAN.
Manusia tidak akan hidup berseorangan,anatomi ini adalah seumpama setiap negara harus ada hubungan luar untuk mencapai matlamat tertentu. Antara matlamat tersebut adalah untuk menjamin pertahanan dan keselamatan negara dan rakyat,pembangunan ekonomi perdagangan,kerjasama antarabangsa dan diplomasi.
Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.Hubungan yang melampaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan entiti-entiti lain.
Entiti ataupun aktor-aktor tersebut terdiri daripada organisasi dan institusi antarabangsa,syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu.Kerajaan kita juga telah merancang dasar luar yang dinamik.Ciri utama dasar luar tersebut ialah tidak kaku,tetap stereotaip,tetapi berupaya mengubah corak dan orientasi yang selaras dengan maklum balas yang diterima oleh kerajaan setimpal dengan tuntutan masa keperluan negara.
Peranan Kementerian Luar Negeri
Antara misi kementerian luar negeri adalah untuk menegakkan kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia,mempromosi dan melindungi kepentingan Malaysia serta memberi perkhidmatan cekap dan berkesan kepada pihak berkepentingan dan pelanggan kementrian melalui amalam diplomasi yang dinamik.
- Menguruskan hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara-negara asing dan penubuhan pertubuhan antarabangsa.
- Hubungan ini merangkaumi bidang politik.
- Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri.
- Mengendalikan aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,pentadbiran am,kewangan,konsular,keselamatan dan komunikasi.
PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
- OIC bertindak sebagai satu-satunya forum khusus untuk negara-negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesama ummah khususnya mengenai konflik negara antara negara Palestin dan Israel.
- Pertubuhan ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakkannya dari negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara,Caucasus,Asia Tenggara,Asia Tengah,Balkan dan Asia Selatan.
- Pertubuhan OIC bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial,ekonomi,sains dan teknologi,pendidikan,dan sebagainya.
- Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran.
- OIC juga berperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia.
- OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai segala kekeliruan mengenai hukum hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat.
KUMPULAN LAPAN NEGARA ISLAM MEMBANGUN (D-8)
D-8 ditubuhkan pada 1997 dan dianggotai oleh negara Bangladesh,Mesir,Indonesia,Iran,Malaysia,Nigeria,Pakistan,dan Turki.
- Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA) menjadi kunci utama bagi mencapai sasaran dan tindakan setiap negara anggota dalam menratifikasikan perjanjian tersebut boleh melenyapkan pelbagai halangan dalam bidang perdagangan.
-Pada sidang kemuncak ke lapan ini,dua dokumen penting dimetrai iaitu Visi Global (2012-2030) dan piagam D-8 yang bertujuan membolehkan gagasan iyu mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan,menjadi sebuah kumpulan ekonomi dinamik dan mewujudkan kerangka kerjasama ekonomi merangkumi pelbagai aktiviti untuk mengubah kualiti kehidupan rakyat.
PERANAN KOMENWEL
PERANAN KOMENWEL
Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British termasuk Malaysia.Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Matlamat utama penubuhan komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan,pembangunan ekonomi,pendidikan,pertahanan,pertanian,dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.
Beberapa rancangan atau tindakan seperti yang berikut ialah :
- Menekankan serta membangkitkan isu-isu ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dalam kalangan negara anggota komanwel.
- Berkerjasama dalam bidang pertahanan,perusahaan,pertanian,pendidikan dan perdagangan serta membantu membangunkan sosioekonomi negara anggota.
- Membangkitkan isu kemanusiaan termasuk isu hak asasi manusia seperti mengecam amalan dasar aparteid di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum dengan membezakan penduduk berdasarkan warna kulit.
PERANAN NAM
- NAM atau singkatan bahasa inggeris
" The Non-Aligned Movement " diasaskan pada tahun 1961 bersempena sidang kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,Yugoslavia.Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu.
" The Non-Aligned Movement " diasaskan pada tahun 1961 bersempena sidang kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,Yugoslavia.Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu.
Tujuan penubuhan NAM adalah seperti berikut :
- Mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota.
- Menjadi medan diskusi bagi negara anggota untuk menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
- Mengelakknan negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
- Memperjuangkan kepentingan negara yang sedang membangun.
- Menekankan hal ehwal yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi.
- Mewujudkan muafakat dan kerjasama dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan.
- Meningkatkan penguasaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.
KERJASAMA SELATAN-SELATAN (KSS)
- KSS ditubuhkan dengan tujuan untuk memenuhi kepentingan ekonomi negara membangun dan mengelakkan tekanan dari negara maju seperti Amerika Syarikat,Jepun dan Britian.Malaysia mencadangkan agar ditubuhkan kerjasama Selatan-selatan.Antara resolusi yang dikemukakan bagi penubuhan KSS ialah:
- Memperbaiki keadaan ekonomi negara yang sedang membangun.
- Mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah yang disebabkan oleh negara maju.
- Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara.
- Menubuhkan Suruhanjaya Selatan untuk mengemukakan syor untuk mengelakkan tekanan negara maju
- KSS berperanan menjaga kepentingan ekonomi negara.
PERANAN PBB
- Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal negara lain.PBB juga bermatlamat mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman untuk itu kerjasama dalam pelbagai bidang adalah amat diperlukan.PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia iaitu :
- Perhimpunan Agung PBB
- Majlis keselamatan
- Malaysia pernah menjadi wakil tidak tetap PBB pada tahun 1965,1989-1990 dan 1999 hingga 2000 dan 16 Oktober 2014.Peranan Malaysia dalam membuat keputusan di Majlis Keselamatan PBB sangat besar seperti campur tangan ketenteraan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990 dan Perang Kosovo pada 1998 - 1999.Di samping itu,Malaysia juga begitu konsisten dalam memperjuangkan banyak isu misalnya,isu senjata,pemusnah dan nuklear,pembangunan mapan dan seimbang serta isu kemanusiaan,khasnya nasib penduduk Palestin.Cabaran sebagai wakil tidak tetap sangat besar bagi Malaysia.
PENUTUP
- Dapat dirumuskan bahawa ZOFPAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOFPAN dan sokongan padu kesemua anggota negara ASEAN.Walaubagaimanapun,usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi pertubuhan bangsa bersatu dan Deklarasi persidangan antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOFPAN.
KESIMPULAN
⊸Akhir sekali daripada bab ini, kami dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang dasar luar kerajaan Malaysia semenjak kemerdekaan sehingga kini.Antaranya,menjaga pertahanan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antrabangsa.Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kami juga dapat mengetahui dan memahami isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan antarabangsa Malaysia. Setiap negara harus ada hubungan luar untuk mencapai matlamat tertentu. Misalnya,menjamin pertahanan dan keselamtan negara Malaysia. Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.
No comments:
Post a Comment